Sunday, September 4, 2011
raya itu best bila berKONVOI raya ^___^
Tuesday, August 23, 2011
ada benda yg kita xtahu dan xpernah dengar langsung
emak itu ibu dan ibu itu mama kita ^_^
ibu,mama,umi,mak,..ape lagi yg biasa kite gunakan utk panggil mak kite kat umah? hermm..bile sebut pasal ibu nih teringat plak umi kat umah tuu..mybe story kat bawah nih blh dijadikan teladan buat kita semua agar lebih mnghargai ibu kita sementara bliau masih ade di dunia nih..sayangilah ibu korang sptmana dieowg sayang korang sejak dr dlm kandungan sehingga lah korang dah besar..hayatilah cerita kat bawah nih moga2 kita mndpt 1001 pengajaran dr cerita kat bawah.. ^_^
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
sharing is caring
Santau adalah merupakan satu perkara yang sering menjadi bualan masyarakat melayu dari zaman dahulu kala dan berlarutan sehingga hari ini. Sejarah bermulanya santau ini adalah dari zaman Wan Pok Wan Malini yang mana pada masa itu, ajaran Islam belum lagi sempurna di Tanah Melayu walaupun telah wujud agama Islam pada waktu itu. Pada masa itu masyarakat Melayu masih lagi mempercayai unsur-unsur kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan unsur-unsur pemujaan roh. Akan tetapi santau pada waktu itu digunakan untuk tujuan keselamatan dan peperangan kerana peperangan masih berlaku dengan sengitnya diantara kerajaan-kerajaan Melayu menentang musuh-musuh dari negara luar. Hal ini dapat dilihat dengan sejarah-sejarah Melayu yang menceritakan tentang ada tentera-tentera musuh muntah darah, sakit yang tidak dikenal pasti, sakit yang tidak sembuh, mata jadi tidak nampak, terlena dan sebagainya.
Akan tetapi selepas era peperangan berlaku santau ini digunakan untuk tujuan kepentingan diri, menganiaya orang lain atas sebab rasa tidak puas hati di kalangan manusia yang mana akan memudaratkan sehingga membawa kepada kematian. Hal sebegini amat menyedihkan kerana mangsa yang terkena santau ini akan kelihatan tidak bermaya, sakit selalu, dibayangi bayangan makhluk halus atau seseorang manusia dan berbagai lagi masalah akibat santau. Kebiasaannya santau ini memang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden dan tidak boleh diubati dengan ubatan moden akan tetapi perubatan moden mungkin boleh memberikan vitamin atau ubat tahan sakit sebagai painkiller kepada pesakit. Akan tetapi mereka yang terkena santau ini akan terus menderita dan makin teruk jika tidak dirawat dengan kaedah rawatan santau yang sebetulnya. Kesan santau ini boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman yang teruk sehingga membawa kepada muntah darah, namun tahap yang paling kritikal apabila bisa santau ini telah sampai ke otak dan akan menyebabkan kematian dan inilah dikatakan kemuncak kepada bisa santau yang membawa kepada kematian. Di hospital pegawai perubatan dapat mengesahkan dengan mengatakan kuman telah menyerang otak dan hati atau paru-paru dan menjadi punca kepada kematian. Namun di dalam perubatan Alternatif (perubatan islam) mempunyai diagnosisnya tersendiri jika pesakit disahkan terkena santau ini dengan mendiagnosiskan keracunan yang telah sampai kepada otak.
Keracunan dalam perbincangan santau ini memberi maksud bisa santau yang terkena kepada mangsa. Akan tetapi sering kali berlaku percanggahan pandangan teori perubatan antara kedua bidang perubatan ini. Namun hanya pegawai perubatan moden sahaja yang dapat mengesahkan sesuatu kematian dan tidak kepada pengamal perubatan alternatif kerana tidak ada undang-undang yang berkaitan dengan santau ini dan penyakitnya juga tidak ada dalam senarai-senarai penyakit di dalam perubatan moden.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SANTAU
Di dalam santau ini dan untuk membuat santau, penyantau perlu menggunakan beberapa bahan ramuan untuk membuat santau. Jika disebutkan memang tidak masuk akal dan diterima oleh manusia berkaitan ramuannya. Antara ramuannya yang menjadi bisa kepada yang amat berbahaya kepada mereka yang terkena ialah:
- Sabut Kelapa ( Dibuat Tali)
- Benang
- Jarum
- Miang buluh
- Kaca Bal Lampu ( menggantikan miang buluh )
- Ulat Bulu Mati beragan
- Binatang Mati Beragan
- Kain
- Paku
- Rambut
- Darah Haid
- Minnyak Dagu ( anak dara sunti yang telah mati dibakar dagunya untuk mengambil minyak )
- Ulat gonggok Hitam
- Dan lain-lain mengikut kepakaran pembuat santau
Kesemua ramuan ini adakan diadunkan dan di satukan mengikut kepakaran dan kehendak pembuat santau sebelum dipuja dan diseru jin-jin untuk menghantar santau ini. Dalam proses memanggil atau memuja ini pembuat santau akan melakukan pemujaan ditengah-tengah hutan dengan mencari simpang tiga di mana simpang tersebut tidak pernah dilalui oleh manusia atau binatang, kemudian pembuat akan membaca mentera-mentera hinggalah keluar jin tersebut. Setelah jin itu tersebut keluar maka berlakulah perjanjian di antara keduanya maka sempurnalah santau tersebut untuk ditujukan kepada siapa.
Jika santau ini sampai kepada mereka yang ingin disantau, maka orang tersebut akan bermula dengan peringkat sakit yang biasa, seperti sakit kepala, lemah badan, lesu, kepenatan, susah tidur malam dan mimpi-mimpi yang mengerikan. Tanda-tanda yang boleh dirasai oleh mereka yang terkena santau adalah seperti berikut:-
1. BATUK
2. MUNTAH DARAH
3. RASA TERCUCUK DALAM BADAN SEPERTI ADA JARUM
4. DEMAN PANAS
5. SAKIT KEPALA
6. LEMAH SENDI&ANGGOTA BADAN
7. TIADA SELERA MAKAN
8. BADAN SUSUT
9. SUKAR TIDUR MALAM
10. KERAP MENGANTUK
11. GATAL-GATAL BADAN
12. PEMARAH
13. PELUPA
14. RESDUNG
15. KAYAP
16. LUM
17. GILA
18. LEMAH TENAGA BATIN
19. PENYEDIH
20. PENAKUT
21. HILANG KEYAKINAN
22. PEMBENCI
23. PEMALAS
24. FIKIRAN TAK TENTERAM
25. SUKA BERSENDIRIAN
26. SAKIT PERUT
27. SAKIT BELAKANG.....
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat dirasakan oleh mereka yang terkena santau. Akan tetapi dinasihatkan agar mereka yang mengalami tanda-tanda ini mendapatkan rawatan di hospital dahulu, jika hospital tidak dapat mengesan penyakit atau diberi ubat tetapi tidak sembuh barulah mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam atau berjumpa dengan pengamal perubatan Islam dan bukanlah dengan berjumpa pawang atau bomoh-bomoh. Ini kerana kebiasaannya mereka yang berjumpa pawang dan bomoh ini makin bertambah teruk. Ini berdasarkan pengalaman saya dalam menangani beberapa kes seperti ini.
JENIS-JENIS SANTAU
Santau dapat dibahagikan kepada beberapa jenis santau yang dihantar mengikut unsur-unsur kejadian seperti unsur Tanah, Air, Api dan Angin. Santau akan dihantar melalui cara-cara ini. Contohnya Tanah, jika penyantau meletakkan santaunya di atas tanah, jika orang yang ingin penyantau inginkan melangkah atau terpijak santau itu, maka orang tersebut akan terus terkena santau. Dengan Kaedah air pula santau diletakkan di dalam air atau makanan dan jika termakan maka orang tersebut akan terkena santau. Bagi Api pula, kebiasaanya penyantau akan menggunakan api untuk menghantar santau kemudian orang yang terkena selalu kepanasan dan kulit seperti terbakar. Dengan kaedah Angin pula, penyantau akan tuju kepada seseorang itu menggunakan angin sahaja dan ini selalunya membuatkan mereka yang terkena santau angin ini merasakan seram sejuk, lemah badan dan akhirnya bila memasuki ke dalam organ badan disinilah membuatkan organ-organ dalam mereka yang terkena santau ini rosak. Namun mereka yang mengidap penyakit kanser boleh dikatakan juga berpunca dari santau dalam keadaan mereka tidak sedari.
Bagi pembuat santau ini, kebiasaannya santau diletakkan di dalam botol dan dalam tempoh genap 3 bulan santau ini akan memenuhi botol ini kerana santau ini hidup dan bertambah, pada bulan ke 4 maka penyantau akan membuang santau ini di kawasan-kawasan terbuka. Tempat yang dipilih untuk melepaskan ini ialah di kawasan orang ramai makan yang terdedah kepada angin. Penyantau akan berada membelakangi angin yang bertiup dan melepaskan santaunya yang diletakkan di jari-jarinya ke arah mereka yang duduk mengadap angin. Satu jari yang dilepaskan 10 orang akan terkena santau ini. Bagi yang duduk membelakangi angin tidak akan kena santau yang dilepaskan akan tetapi terkena jika mereka yang membelakangi itu lemah rohaninya, tidak solat, Gelak atau ketawa yang melampau-lampau.
Santau ini biasanya dilepaskan pada bulan 4, 8 dan 12. Jadi dinasihatkan agar kuranglah makan diluar ketika berada pada bulan ini bagi mengelakkan anda terkena santau ini. Bagi yang terkena santau ini ia akan mengambil masa 5 tahun dari hari mereka terkena dan santau ini dipanggil santau angin.
Ketika rawatan santau dilakukan, kebiasaannya pesakit akan berubah sikap dengan tindakan meracau-racau dan biasanya muntah darah. Kemudian keluarnya kaca-kaca, miang buluh, jarum dari badan ketika proses rawatan ini dilakukan. Selepas rawatan, pesakit akan mengalami kepenatan dan kelesuan yang amat membimbangkan dan kebiasaanya perawat akan memulihkan pesakit dengan air yang di doakan bahkan ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana berlakunya kekurangan darah dengan tiba-tiba dan kekurangan air di dalam badan. Kebiasaannya hospital ini hanya menerima sebagai rawatan kecemasan sahaja dan tidak diterima masuk ke wad untuk rawatan susulan bagi keadaan mereka. Di sinilah berlakunya pertentangan pandangan antara pengamal perubatan moden dan pengamal perubatan Alternatif.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
Bagi mereka yang mengalami simpton-simpton seperti yang dinyatakan maka dinasihatkan menguatkan ibadah dan bacaan Al-Quran dengan meminum air zam-zam yang dibacakan yasin ke atas air itu. Insyaallah ianya akan mengurangkan bias-bisa santau ini peringkat demi peringkat.
Anda juga boleh mengamalkan bacaan ayat ruqyah bagi mengatasi masalah santau ini iaitu dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr ayat 21-24, 3 qul, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Al-A`raff 118-122 dan Surah Toha ayat 69. Bacakan di air untuk di minum atau di amalkan.
Namun haruslah diingatkan bagi mereka yang sudah terkena, selepas anda membaca-baca ayat ini anda akan rasa sakit di dalam badan, letih dan menyucuk, janganlah dirisaukan kerana ayat-ayat ini melawan dengan bias-bisa santau dan memulihkan dalaman dan akan membuatkan badan-badan sakit dan ianya akan berkurangan dari hari ke hari sehinggalah disembuhkan. Rawatan penyakit santau ini memakan masa bertahun-tahun lamanya paling minimum adalah 3 tahun hingga 5 tahun.
Jika terkena santau juga elakkan dari memakan benda-benda yang berminyak, masam, pedas, daging, dan melakukan kerja-kerja berat kerana ianya akan membuatkan organ dalaman rosak dan menjadi penggalak kepada bias-bisa santau dalam badan memakan organ-organ dalaman mereka yang terkena santau ini. Ingatlah setiap penyakit itu ada ubatnya dan bila sakit maka dialah Allah yang menyembuhkan. Insyaallah.
so,itulah cerita serba sedikit yg admin copy n paste je kat blog nih supaya nampak sket ceria blog nih kannn..hehe..amcm?dah paham dah ape itu santau??klu rasa nak lebih pengtahuan pasal ilmu perubatan Islam nih nnti admin cube update lagi yeap..sekadar itu dlu utk kali nih...take care all~ daaaa~