Tuesday, August 23, 2011

ada benda yg kita xtahu dan xpernah dengar langsung

salam to all readers sekalian...okeh,kali nih admin nk story lagi pasal ilmu perubatan Islam..haa,nak bagi ceria sket blog yg dah bersawang2 nih haa..hehe..mungkin korang pernah dgr kat mana2 mungkin jugak tidak..tp admin rasa rata2 masih lom pernah dgr pasal nih..xpe,admin akn story serba sedikit pasal cerita yg admin dpt dr senior admin yg skarang nih adalah salah seorang pengamal perubatan Islam Darussyiffa' tu (yg admin story bawu2 nih dlm entry sebelum nih)
okeh,sape kenal JIN?SYAITAN?MALAIKAT? for sure semua orang kenal kan?MANUSIA kenal x?klu xkenal sila balik ke sekolah tadika semula..harap maklum..hehe..gurau2 saje,jangan amik series yeap..bulan2 puasa nih xelok marah2..nnti kurang pahala puasa..hehe..haa,sape kenal poppy?eh,bukan bunga poppy lah..ha,xkenal kan?xpe..korang baca cerita kat bawah nih yg di ambil dr pengalaman seorang pengamal perubatan dan di copy paste oleh senior admin then admin plak amik cerita nih nk share kat reader semua...hope u enjoy it~



... Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat... } sedikit pengalaman & kajian Posted by Darul Manzil at 1:42 AM Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka. Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya.. Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.. Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer.. Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak... Lalu, saya minta izin pada esakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM.



Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.. Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba... Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?" Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan. Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?" Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? " Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.." Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.. Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.". Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?" Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.." Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?" Pesakit: "Agama Monoteisme" Saya: "Agama apa tu..?" Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?" *Terkena jugak RIDAM.. :( Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...." *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer... Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari" *Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya.. Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?" Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.." Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.." Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.." Kemudian dia menangis teresak-esak.. Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami..".. Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud..



Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.. Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?" Seraya itu dia mengangguk.. Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...." Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?" Dia terdiam sejenak.. Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..." Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?" Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak..




Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..." Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?" Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.." Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?" Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.." Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?" Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.." Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.. Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.. Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?" Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?" Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..." Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..." Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56 Maksudnya: 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.' Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.." *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.. Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?" Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..." Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?" Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.." Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.." Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?" Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?" Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?" Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?" Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?" Saya: "A'ah...kenapa?" Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam..




Puak kami mana pakai Kalendar masihi..." Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.." Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..." Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?" Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.." Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.." Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.." Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?" Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?" Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..." Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?" Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.." Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka..




Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.. Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu.. --------- 3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.. ---------- Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.. Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi.... Sekian.. ----------- '...Fakul innamal ghaibulillah.'. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah (petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20) ---------------- Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran: 1)Al Ankabuut - Ayat 19 'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.' 2)Al An'am - Ayat 6 'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.' 3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.



Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. *Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu? -----------------




1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini.. 2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri. Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut. 3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah.. Sekian.




ha,cmner?dah paham dah cerita kat atas? pelik kan?kite kena ingat,byk lagi ilmu yg kite belom explore habis kwn2... itu baru sikit Allah nk tunjukkan kuasa dia..ha,kita juz ingat ade malaikat,jin,syaitan n manusia je kann..tp di sebalik sume tu ade lagi makhluk2 Allah yg kite xtahu kewujudannya..hehe..xpelah,ape yg baik itu datangnyer dr Allah dan yg buruk itu datangnyer juga dr Allah tp disandarkan di atas kelemahan diri admin sendiri...moga2 ilmu yg bermanfaat nih dpt kite kongsi bersama2 utk kebaikkan kita semua..take care all~~~ daaaaa~

emak itu ibu dan ibu itu mama kita ^_^

ibu,mama,umi,mak,..ape lagi yg biasa kite gunakan utk panggil mak kite kat umah? hermm..bile sebut pasal ibu nih teringat plak umi kat umah tuu..mybe story kat bawah nih blh dijadikan teladan buat kita semua agar lebih mnghargai ibu kita sementara bliau masih ade di dunia nih..sayangilah ibu korang sptmana dieowg sayang korang sejak dr dlm kandungan sehingga lah korang dah besar..hayatilah cerita kat bawah nih moga2 kita mndpt 1001 pengajaran dr cerita kat bawah.. ^_^



Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


sharing is caring

salam to all reader skalian..

kali nih admin nk share something yg mungkin kite jarang2 skali dpt or mungkin jarang2 kite tahu..berkaitan dgn ilmu perubatan Islam..ade sorang senior admin nih masa belajar kat kolej die berguru dgn Tuan Guru Haron Din al-hafiz..owner Darussyifa' tu,korang tahu x??pernah dgr pasal SANTAU x??? nak taw x ape itu santau n sejarahnyer serba sedikit??nak x?? (wat2 lah mcm nak ye walaupun xnak..hehe)
okey,nih admin nk share kat korang sume pasal santau yeap..baca dan pahamkan :

Santau adalah merupakan satu perkara yang sering menjadi bualan masyarakat melayu dari zaman dahulu kala dan berlarutan sehingga hari ini. Sejarah bermulanya santau ini adalah dari zaman Wan Pok Wan Malini yang mana pada masa itu, ajaran Islam belum lagi sempurna di Tanah Melayu walaupun telah wujud agama Islam pada waktu itu. Pada masa itu masyarakat Melayu masih lagi mempercayai unsur-unsur kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan unsur-unsur pemujaan roh. Akan tetapi santau pada waktu itu digunakan untuk tujuan keselamatan dan peperangan kerana peperangan masih berlaku dengan sengitnya diantara kerajaan-kerajaan Melayu menentang musuh-musuh dari negara luar. Hal ini dapat dilihat dengan sejarah-sejarah Melayu yang menceritakan tentang ada tentera-tentera musuh muntah darah, sakit yang tidak dikenal pasti, sakit yang tidak sembuh, mata jadi tidak nampak, terlena dan sebagainya.




Akan tetapi selepas era peperangan berlaku santau ini digunakan untuk tujuan kepentingan diri, menganiaya orang lain atas sebab rasa tidak puas hati di kalangan manusia yang mana akan memudaratkan sehingga membawa kepada kematian. Hal sebegini amat menyedihkan kerana mangsa yang terkena santau ini akan kelihatan tidak bermaya, sakit selalu, dibayangi bayangan makhluk halus atau seseorang manusia dan berbagai lagi masalah akibat santau. Kebiasaannya santau ini memang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden dan tidak boleh diubati dengan ubatan moden akan tetapi perubatan moden mungkin boleh memberikan vitamin atau ubat tahan sakit sebagai painkiller kepada pesakit. Akan tetapi mereka yang terkena santau ini akan terus menderita dan makin teruk jika tidak dirawat dengan kaedah rawatan santau yang sebetulnya. Kesan santau ini boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman yang teruk sehingga membawa kepada muntah darah, namun tahap yang paling kritikal apabila bisa santau ini telah sampai ke otak dan akan menyebabkan kematian dan inilah dikatakan kemuncak kepada bisa santau yang membawa kepada kematian. Di hospital pegawai perubatan dapat mengesahkan dengan mengatakan kuman telah menyerang otak dan hati atau paru-paru dan menjadi punca kepada kematian. Namun di dalam perubatan Alternatif (perubatan islam) mempunyai diagnosisnya tersendiri jika pesakit disahkan terkena santau ini dengan mendiagnosiskan keracunan yang telah sampai kepada otak.



Keracunan dalam perbincangan santau ini memberi maksud bisa santau yang terkena kepada mangsa. Akan tetapi sering kali berlaku percanggahan pandangan teori perubatan antara kedua bidang perubatan ini. Namun hanya pegawai perubatan moden sahaja yang dapat mengesahkan sesuatu kematian dan tidak kepada pengamal perubatan alternatif kerana tidak ada undang-undang yang berkaitan dengan santau ini dan penyakitnya juga tidak ada dalam senarai-senarai penyakit di dalam perubatan moden.




BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SANTAU

Di dalam santau ini dan untuk membuat santau, penyantau perlu menggunakan beberapa bahan ramuan untuk membuat santau. Jika disebutkan memang tidak masuk akal dan diterima oleh manusia berkaitan ramuannya. Antara ramuannya yang menjadi bisa kepada yang amat berbahaya kepada mereka yang terkena ialah:


  1. Sabut Kelapa ( Dibuat Tali)
  2. Benang
  3. Jarum
  4. Miang buluh
  5. Kaca Bal Lampu ( menggantikan miang buluh )
  6. Ulat Bulu Mati beragan
  7. Binatang Mati Beragan
  8. Kain
  9. Paku
  10. Rambut
  11. Darah Haid
        1. Minnyak Dagu ( anak dara sunti yang telah mati dibakar dagunya untuk mengambil minyak )
  12. Ulat gonggok Hitam
  13. Dan lain-lain mengikut kepakaran pembuat santau





Kesemua ramuan ini adakan diadunkan dan di satukan mengikut kepakaran dan kehendak pembuat santau sebelum dipuja dan diseru jin-jin untuk menghantar santau ini. Dalam proses memanggil atau memuja ini pembuat santau akan melakukan pemujaan ditengah-tengah hutan dengan mencari simpang tiga di mana simpang tersebut tidak pernah dilalui oleh manusia atau binatang, kemudian pembuat akan membaca mentera-mentera hinggalah keluar jin tersebut. Setelah jin itu tersebut keluar maka berlakulah perjanjian di antara keduanya maka sempurnalah santau tersebut untuk ditujukan kepada siapa.


Jika santau ini sampai kepada mereka yang ingin disantau, maka orang tersebut akan bermula dengan peringkat sakit yang biasa, seperti sakit kepala, lemah badan, lesu, kepenatan, susah tidur malam dan mimpi-mimpi yang mengerikan. Tanda-tanda yang boleh dirasai oleh mereka yang terkena santau adalah seperti berikut:-






1. BATUK

2. MUNTAH DARAH

3. RASA TERCUCUK DALAM BADAN SEPERTI ADA JARUM

4. DEMAN PANAS

5. SAKIT KEPALA

6. LEMAH SENDI&ANGGOTA BADAN

7. TIADA SELERA MAKAN

8. BADAN SUSUT

9. SUKAR TIDUR MALAM

10. KERAP MENGANTUK

11. GATAL-GATAL BADAN

12. PEMARAH

13. PELUPA

14. RESDUNG

15. KAYAP

16. LUM

17. GILA

18. LEMAH TENAGA BATIN

19. PENYEDIH

20. PENAKUT

21. HILANG KEYAKINAN

22. PEMBENCI

23. PEMALAS

24. FIKIRAN TAK TENTERAM

25. SUKA BERSENDIRIAN

26. SAKIT PERUT

27. SAKIT BELAKANG.....






Berikut adalah tanda-tanda yang dapat dirasakan oleh mereka yang terkena santau. Akan tetapi dinasihatkan agar mereka yang mengalami tanda-tanda ini mendapatkan rawatan di hospital dahulu, jika hospital tidak dapat mengesan penyakit atau diberi ubat tetapi tidak sembuh barulah mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam atau berjumpa dengan pengamal perubatan Islam dan bukanlah dengan berjumpa pawang atau bomoh-bomoh. Ini kerana kebiasaannya mereka yang berjumpa pawang dan bomoh ini makin bertambah teruk. Ini berdasarkan pengalaman saya dalam menangani beberapa kes seperti ini.





JENIS-JENIS SANTAU



Santau dapat dibahagikan kepada beberapa jenis santau yang dihantar mengikut unsur-unsur kejadian seperti unsur Tanah, Air, Api dan Angin. Santau akan dihantar melalui cara-cara ini. Contohnya Tanah, jika penyantau meletakkan santaunya di atas tanah, jika orang yang ingin penyantau inginkan melangkah atau terpijak santau itu, maka orang tersebut akan terus terkena santau. Dengan Kaedah air pula santau diletakkan di dalam air atau makanan dan jika termakan maka orang tersebut akan terkena santau. Bagi Api pula, kebiasaanya penyantau akan menggunakan api untuk menghantar santau kemudian orang yang terkena selalu kepanasan dan kulit seperti terbakar. Dengan kaedah Angin pula, penyantau akan tuju kepada seseorang itu menggunakan angin sahaja dan ini selalunya membuatkan mereka yang terkena santau angin ini merasakan seram sejuk, lemah badan dan akhirnya bila memasuki ke dalam organ badan disinilah membuatkan organ-organ dalam mereka yang terkena santau ini rosak. Namun mereka yang mengidap penyakit kanser boleh dikatakan juga berpunca dari santau dalam keadaan mereka tidak sedari.


Bagi pembuat santau ini, kebiasaannya santau diletakkan di dalam botol dan dalam tempoh genap 3 bulan santau ini akan memenuhi botol ini kerana santau ini hidup dan bertambah, pada bulan ke 4 maka penyantau akan membuang santau ini di kawasan-kawasan terbuka. Tempat yang dipilih untuk melepaskan ini ialah di kawasan orang ramai makan yang terdedah kepada angin. Penyantau akan berada membelakangi angin yang bertiup dan melepaskan santaunya yang diletakkan di jari-jarinya ke arah mereka yang duduk mengadap angin. Satu jari yang dilepaskan 10 orang akan terkena santau ini. Bagi yang duduk membelakangi angin tidak akan kena santau yang dilepaskan akan tetapi terkena jika mereka yang membelakangi itu lemah rohaninya, tidak solat, Gelak atau ketawa yang melampau-lampau.


Santau ini biasanya dilepaskan pada bulan 4, 8 dan 12. Jadi dinasihatkan agar kuranglah makan diluar ketika berada pada bulan ini bagi mengelakkan anda terkena santau ini. Bagi yang terkena santau ini ia akan mengambil masa 5 tahun dari hari mereka terkena dan santau ini dipanggil santau angin.


Ketika rawatan santau dilakukan, kebiasaannya pesakit akan berubah sikap dengan tindakan meracau-racau dan biasanya muntah darah. Kemudian keluarnya kaca-kaca, miang buluh, jarum dari badan ketika proses rawatan ini dilakukan. Selepas rawatan, pesakit akan mengalami kepenatan dan kelesuan yang amat membimbangkan dan kebiasaanya perawat akan memulihkan pesakit dengan air yang di doakan bahkan ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana berlakunya kekurangan darah dengan tiba-tiba dan kekurangan air di dalam badan. Kebiasaannya hospital ini hanya menerima sebagai rawatan kecemasan sahaja dan tidak diterima masuk ke wad untuk rawatan susulan bagi keadaan mereka. Di sinilah berlakunya pertentangan pandangan antara pengamal perubatan moden dan pengamal perubatan Alternatif.







PENCEGAHAN DAN RAWATAN





Bagi mereka yang mengalami simpton-simpton seperti yang dinyatakan maka dinasihatkan menguatkan ibadah dan bacaan Al-Quran dengan meminum air zam-zam yang dibacakan yasin ke atas air itu. Insyaallah ianya akan mengurangkan bias-bisa santau ini peringkat demi peringkat.


Anda juga boleh mengamalkan bacaan ayat ruqyah bagi mengatasi masalah santau ini iaitu dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr ayat 21-24, 3 qul, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Al-A`raff 118-122 dan Surah Toha ayat 69. Bacakan di air untuk di minum atau di amalkan.


Namun haruslah diingatkan bagi mereka yang sudah terkena, selepas anda membaca-baca ayat ini anda akan rasa sakit di dalam badan, letih dan menyucuk, janganlah dirisaukan kerana ayat-ayat ini melawan dengan bias-bisa santau dan memulihkan dalaman dan akan membuatkan badan-badan sakit dan ianya akan berkurangan dari hari ke hari sehinggalah disembuhkan. Rawatan penyakit santau ini memakan masa bertahun-tahun lamanya paling minimum adalah 3 tahun hingga 5 tahun.


Jika terkena santau juga elakkan dari memakan benda-benda yang berminyak, masam, pedas, daging, dan melakukan kerja-kerja berat kerana ianya akan membuatkan organ dalaman rosak dan menjadi penggalak kepada bias-bisa santau dalam badan memakan organ-organ dalaman mereka yang terkena santau ini. Ingatlah setiap penyakit itu ada ubatnya dan bila sakit maka dialah Allah yang menyembuhkan. Insyaallah.




so,itulah cerita serba sedikit yg admin copy n paste je kat blog nih supaya nampak sket ceria blog nih kannn..hehe..amcm?dah paham dah ape itu santau??klu rasa nak lebih pengtahuan pasal ilmu perubatan Islam nih nnti admin cube update lagi yeap..sekadar itu dlu utk kali nih...take care all~ daaaa~

sesawang

salam ramadhan buat semua readers blog alumni 5 bukhori 07 sekalian..

oh,ape kaitan tajuk entri kali nih dgn blog nih?eehmmm..
actually admin juz nk mohon berjuta ampun dan maaf coz dah lame sesangat blog nih xupdate..hehe...kemalasan admin yg teramat sangat utk update bertambah plak admin lain pon ade koje nak wat..so terpaksa lah di "abaikan" buat sementara waktu blog nih..
btw disini admin ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak wat semua warga alumni 5 bukhori sekalian (walaupun puasa da nak abes tetap nk wish jugak)
moga2 puasa kita kali nih lebih diberkati oleh Allah dan mendapat redhaNya di dunia dan akhirat..
bersempena hari raya yg bakal menjelma nih jugak admin nak mohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 alumni n semua reader sekalian lah selamat menyambut hari lebaran yg bakal menjelang tiba lagi bape hari je lagi kan (dah ready nk countdown nih)...mcm mn dgn persiapan raya? taun nih sume dah siap2 ker dgn baju raya bagai? hehe
taun nih konvoi raya utk alumni adalah spt tahun2 lepas okeh.sila take alert dgn pengumuman di group 5 bukhori..
insyaallah taun nih klu xde aral melintang konvoi akan di buat pd hari raya ke6..memandangkan ramai yg dah ade kat umah masing2 time tuh so mybe raya ke6 kite akan memulakan konvoi kali nih stat dr mentakab plak..amcam?hehe...depend pd majoriti lah yeap..
ape2pon skali lagi admin ingin memohon maaf sekiranya ade yg tertunggu2 bile la agaknyer admin nih nak update story2 pasal warga alumni 5 bukhori nih..
terima kasih diucapkan kpd yg setia mmberikan sokongan kpd blog nih (bajet femes je kannn)..
take care all ~ daaaaa~