Friday, December 31, 2010

happy new year 2011


alhamdullilah
sudah melangkah ke dunia 2011
selamat meneruskan perjuangan
semoga kekal dalam bingkai kehidupan berlandaskan prinsip yang benar.
semoga berjaya mencapai apa yang dihajati.
semoga sentiasa dalam rahmat-Nya.

Apa cerita kawan-kawan sempena tahun baru ni?
Share la kat sini.
Semoga lebih baik ye..
^_^

Kami nak ucap happy new year kat semua yang menjenguk blog ni.
Thanks yer!
Jangan lupe komen2!

Majoriti dah masuk 21 kan?
except admins...hehe
Kalo sape nak makan nasi minyak da,jgn lupe jemput yer!
to all ex-bukhori,4 years more...tok reunion akan dtg kot...
dalam perancangan la..
all the best ya!
wassalam

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah


bismillahirrahmanirrahim
alhamdullilah,kita masih dipinjamkan nikmat hidup di pagi tahun baru ini.
masih lagi dipinjamkan banyak nikmat yang seringkali kita lalai dari mensyukurinya.

tahun baru,janganlah kita jadi seseorang yang hanya menuturkan ucapan selamat tahun baru maal hijrah.
moga kita jadi insan yang menghayatinya dan membawa perubahan ataupun penghijrahan dalam diri.

moga tahun baru ini seiring dengan azam baru yang perlu direalisasikan.
ke arah yang lebih baik dari sebelumnya,inshaAllah.

semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya.


Salam Maal Hijrah 1432H
wassalam.

Thursday, December 2, 2010

percintaan vs persahabatan


bismilahirrahmanirrahim.

~Manusia biasanya memandang luaran seseorang,berbanding mengenali kemudian memahami apa yang tersingkap di sebalik penampilan itu~

Apa bezanya antara persahabatan dan percintaan?Apa kaitannya dengan kata-kata di atas?

Percintaan mungkin mampu mengubah seseorang secara drastik sama ada dari kegelapan ke arah cahaya atau sebaliknya. Ikatan persahabatan juga punya sesuatu yang unik. Pernahkah kita terfikir,dalam percintaan,mungkin ada sesetengah di antara kita,hanya buat kekasih, kita mempersembahkan yang terbaik dan tercantik untuknya. Sehinggakan sanggup menjadi hipokrit,segala yang terbaik cuba kita peragakan, yang buruk pula cuba disorokkan semampu mungkin. Sebagai contoh, cara makan,cara berpakaian,tingkahlaku dan banyak lagi.Kata orang demi si dia,segalanya mahu nampak "perfect"

Dalam dunia persahabatan pula, setuju atau tidak jika dikatakan lebih jujur dan telus?
Kelemahan sahabat biasanya kita tahu. Begitu juga dengan kebaikannya. Ada juga pendapat mengatakan persahabatan itu lebih intim hubungannya.

Persahabatan itu perkongsian hidup,suka dan duka. Percintaan itu pula suatu luahan rasa dan perasaan.

indahnya

Persahabatan itu lebih versatil berbanding percintaan.
Kerana cinta akan seseorang,seorang mampu berubah.Malah,sanggup mengorbankan apa sahaja hatta diri,jiwa,harta dan keluarga sendiri. Namun,dalam persahabatan ,tidak semua orang sanggup berubah,tidak semestinya pula berkorban seadanya.

BERCINTA ITU HARUS BERSAHABAT
BERSAHABAT TIDAK SEMESTINYA BERCINTA

Satu falsafah yang mungkin boleh diingati bersama.Bersahabat memberi kita kebebasan dalam memilih. Bercinta pula kemungkinan membuat kita terkongkong oleh desakan hati.Utamakan persahabatan untuk mencari cinta,di situ mungkin kita dapat kenal siapa orang itu sebenarnya,di situ kita tidak terikat.


Bagi yang belum menemui cinta,janganlah risau kerana segalanya sudah dijanjikan. Jagalah diri sebaik mungkin kerana pasti ada yang terbaik buat kamu. Buat insan yang bergelar sahabat dan diri yang menjadi sahabat,berusahalah jadi sahabat yang terbaik.Jadilah diri sendiri dan saling berkongsi antara suka dan duka.Jangan lupa saling mengingati.

semoga sentiasa dalam redha ilahi.
sekian,wassalam

Wednesday, December 1, 2010

the story of spider.


bismillahirrahmanirrahim.
Incy Wincy spider climbing up the spout
Down came the rain and washed the spider out

Out came the sun and dried up all the rain

Now Incy Wincy spider went up the spout again!


the above lyric is quite familiar during our childhood. i'm not going to story about this song. the story of spider,that's my story this time. the main character in this story is spider. do you like spider? even if you dont like it,please learn something from them. Every creature in this world brings its own meaning of life. Every creature has its own functions in this world,same goes as spider. Allah did not create something without any purpose. As a human , we should think about it. Learn from every aspect of creation. Open your eyes.

Let's read one of lyrics in Maher Zain's song

Look around yourselves
Can’t you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Let’s start question in ourselves Isn’t this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside..

Have you ever wonder about the spider and its web?
Spider never ever give up in order to build its web although we as human keep destroying it by our hand.
We as human must take our step carefully.Be patient in everything.
Just like spider making its web,patient and very particular in its work.

The spider keep struggle in facing the process of life.
What about us?Let's think together.


wassalam.tq.



kawan-kawan,sini kejap!

assalamualaikum
kawan-kawan,mana korang ni ha?

http://www.emocutez.com

mai la jenguk blog kite ni

http://www.emocutez.com

ni,blog da tuka muke sikit

hehe
http://www.emocutez.com

jangan lupe komen n bagi cadangan yer!
http://www.emocutez.com

heehe pastu sape yg nak blog die,boleh gtau admin blog ni..nak pos ape2 pun boleh!

rajin2kan post ke: imahramli1991@yahoo.com

http://www.emocutez.com

sekian saje dr si admin,wassalam.
http://www.emocutez.com

words for you.

bismillahirrahmanirrahim.
how are you?
Sorry for letting this blog "empty" without any new post.
^_^
Maybe some of us still in da exam mode,am I right?
Some of us is on holiday.
Whatever it is,I want to post this in order to remind all of us.



The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
yeah, that's the way our dreams turn into reality.you must believe and try the best in order to achieve it.dont just let it be your dream,try to turn it into the reality.believe that you can do it.

Commitment leads to action. Action brings your dream closer.

Without your full commitment,your ambition is just an ambition for you. Do something,take your first step,my friends! Better late than never ya?

The best way to make your dreams come true is to wake up.

Wake up,my dear friends. Don't just continue sleep and sleep again,you will never gain your goals if you just sleep. Please wake up! It's true that success need sacrifice.

Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm

Failure? Dont make it as a barrier to continue your way towards success. Failure is just one step to strength yourself .

When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place.

Never ever give up. Think why you're here in the first place,that's because you have your own dream,right? So never let yourself feel down.


Saturday, November 20, 2010

sesawang?? kesulitan amat di kesali

agak lame sebenarnyer admin menyepi..dek atas kesibukan d kota dan ke"bz"an yg melampau,so xdapat lah nak update selalu blog nih..harap maaf d ucapkan kepada semua rakyat jelata 5 BUKHORI 07 dari pihak admin dan rakan2...
kesibukan kami yg melanda telah membataskan pergerakkan kami sbg admin utk mengupdate belog yg serba comel lagi indah nih..
pape pun sbg admin sekali lagi kami ingin memohon maaf kpd sume yg slalu singgah n tgk post2 n entri2 terbaru..harap maaf la yer anda2 semua yg berada d luar sane..
yg pasti kami sbg admin xbongkak dan angkuh sbgmn fenomena yg sedang hangat berlaku kat dunia kita skang nih iaitu xlaen xbukan fenomena DDR=datuk dr.rozmey yg pada asalnyer juz penjual JUS MATE 5 jek..tibe2 bertukar menjadi pengarah filem plak dah..adeehhh..ape ade hal nih der??jauh menyimpang tuh..haha
pape pun kite sbg manusia biasa nih xkan terlepas dr melakukan kesalahan spt yg d lakukan oleh DDR tu kpd rakyat2 malaysia sekalian..bukan nk kutuk or hentam DDR..tpnyer juz sbg pringatan saje..
xde kaitan pon ngn entri kali nih.sekadar ingin menyusun 10 jari(klu yg ade lebih tu maaf) tangan nih memohon jutaan ampun dan maaf kpd rakan2 sekalian n rakyat2 jelata krn "kejarangan" kami mengupdate laman sesawang(website) nih..haha..agak baku sebenarnyer di situ yeak..
pape cadangan n teguran dr pihak kalian sila kemukakan kpd kami dan insyaallah kami sbg admin akan cube mmperbaiki segala kelemahan dan kecacatan teknikal di dalam belog nih..huhu..
terima kasih atas teguran n cadangan yg korang semua kemukakan..
pasal cite DDR tuh juz ignore jelah..bkn ade pape pun..sbg selingan saje..haha..
salam aiduladha buat semua rakyat jelata 5 bukhori 07~!

Friday, September 24, 2010

rakaman konvoi raya 2010,kisahnya akan menyusul,,,



bismillahirrahmanirrahim...
di sini nak kongsi gambar-gambar konvoi,aktiviti terbaru.
ramai tak dapat join.
catat rekod dengan 12 buah rumah dan 7 buah kereta.
kepada yang menyertai,terima kasih..
kepada yang belum join,jangan nyesal ye!
lain kali ada apa aktiviti,join lah ek..
kata kawan kan??
^_^
gambar-gambar ni ditangkap saat-saat akhir konvoi,.


tiada dalam gambar: Matul dan Pian

Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri

assalamualaikum
maaf da lama tak update..kami sbg author blog ni,mengucapkan selamat ari raye wei...ramadhan masih ada,manfaatkan sebaiknye.raye ni nak wat konvoi,raye ke 4.sape yg konfim dpt join,sile contact Nor Halimah secepat mgkin.^_^ raye ni,kpd yg nak blik kampung,smg selamat tibe.kepada yg berada di oversea,jgn sedih..pastu kpd Durrah yg da nak fly,selamat bertolak ke medan ilmu! kami sentiasa sokong aok.
salam syawal,maaf zahir batin...
semoga ukhuwah yg terbina berkekalan....

Sunday, August 1, 2010

Seorang Gadis Itu..

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ...

Wednesday, July 28, 2010

kenapa xrogol saya??

haha..ape korang ngat sy nih perempuan k nak rogol2 macam kes saiful tuh...amende tah nama penuh mamat tu pn sy da lupe...tu la..org alim sgt kan..smpai ade tanda kat dahi die..mybe die rajin sujud kut..sbb tuh lah ade tinggal tanda itam kat dahi..xpun die terhantuk kat dinding time die frust sbb da kena "tebuk" ngn dato' anuar ibrahim..haha..pape pun kite usnunzon jela kat mamat tu yer..ni ade lagi satu cerita yang best nak di kongsikan bersama pembaca2 blog alumni sekalian..kisah nih berlaku di U.S sane..united state of america..bkn kapten america...kisah ttg sorang perempuan yg balik kerja lewat malam melalui jalan shortcut n xdirogol pn oleh lelaki yg sedang menunggu mangsa utk dirogol malam tu..nak tahu kisah selanjutnyer??meh kite baca lagi..







Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….



ok..amacam cite di atas?hebat kan kuasa Allah..klu Dia nak tnjuk kuasa Dia kat mkhluk anytime saje..kun fayakun...jadilah kamu..maka jadilah apa yg Allah kehendaki..persoalan di sini ialah adakah kita juga punyai keimanan same tahapnya mcm perempuan tadi??dgn hanya mmbaca ayat kursi dan keyakinan serta tawakkalnya kpd Allah supaya mnyelamatkan drpd bahaya..maka Allah mnyelamatkannya dr bahaya...ha..renung2kan dan selamat beramal..
hehe.....

saya suka tengok.........

haha..sy suke tgk ape agak2nyer yer??mesti korang pkir yg bukan2 nih..xbaek taw...ni nak kongsi lagi satu story mory lah..eh...eh..bukan2..sekadar renungan wat kite bersama...khususnyer wat kaum lelaki n perempuan d luar sana yg sedang hangat bercintan-cintun...hehe..ooopppsss...terlebih suda..moga2 ape yg sy cube sampaikan nih mnjadi pedoman dan pengajaran wat kita sume..insyaallah...



Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan anda berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...

Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…

salam 1 malaysia wat warga penghuni yang berada di seluruh pelusuk muka bumi Allah sekalian..haha..cewaah..ayat nak vogue jek...mintak sowie sgt2 kpd pembaca2 blog alumni sekalian...lame dah xupdate blog nih...atas kesibukan yg terlampau..n xde masa nak bukak email..so xdapat lah nak update blog klas yg dah begitu lame di tinggalkan..mintak maap yer kpd sume2...okeh la..kali nih patik dgn rasa rendah diri dan tawadduknyer(yer2 jek..hehe) nak berkongsi satu cerita kat korg sume bg sape2 yg sudi mmbaca blog nih lah..ade satu kisah yg saya petik dr wall FB akak saya...utk di kongsikan dgn korang2 sume...ttg pengorbanan seorang ibu kpd anaknya...korang baca dan hayatilah yer kisah nih..moga2 mnjadi pngajaran kpd kite sume yg masih ade mak ayah nih termasuk lah diri patik sendiri...huuuuu...




Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.


Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….

“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”

Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.




Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita.

Friday, April 9, 2010

to all my 5bukhori 2007

Assalamualaikum
Mesti ade yg nak exam kan?
Good Luck,buat elok2,same2 kite kejar cita2.
Never give up,think positive^_^
ingat dulu mase skolah kan?tu lah antara part yg paling dirindui dlm kehidupan kite skang kan?
tapi tak mungkin berulang.
semua tinggal kenangan.
apa pun jgn sedih,terus pandang ke depan.
=)
jaga diri baik2...
smg pshbtn kite terus berkekalan selamanya.

Thursday, April 1, 2010

Aktiviti terbaru anda...Tak nak kongsi ke???

komenla...haha

facebook group

http://www.facebook.com/home.php#!/group.php?gid=500112230575

Thursday, February 11, 2010

lagi lambat kenalkan...maaf









nama
: nurhinas binti Ibrahim

umur: da msuk 20 taun nih...alhamdulillah(bajet baek dpan die..kua3)

tempat tinggal: xdpat d pastikan lagi la mn umah sebenar die nih..tp msa skola dlu,die duk hostel..sowang yg leh kate warak ar...cewah...suara pn best..wakil tilwah nih..haha

tuk sampai k sekolah: die slalu dtg awl..so xde msalah dgn disiplin coz hinas sowang pengawas sekolah dulu..tabik hinas! haha

perangai: susah nak tafsir perangai die nih..sebab die dalam kelas sowang yg betul2 pendiam..xbyk bercakap...ikut sunnah nabi la tuh..klu byk cakap macam durrah..nnti tkut dpt dosa kering(dosa ade 2..basah n kering) haha ikuti perbualan yg admin sempat rakamkan

hashim: hinas, masisupa tahun nih aok masuk tilawah lagi k??
hinas: ermmm....yup...
hashim: boleh menang k?
hinas: ..........................................xtaw lah..
hashim: bla..bla..bla..(perbualan tpksa d ringkaskan)
hinas: (pape jela acim oi).....................................

alat perhubungan:setakat nih xtaw lagi alat ape die ade...xdpt d pastikan bleh cntct mlalui ape..hanset je bg sape2 yg ade no die...asenyer die da ade facebook skang...so..try la search..ahakz!

Saturday, February 6, 2010

selamat bercuti dan selamat berjaya

assalamualaikum
saya nak ucapkan selamat bercuti kepada kwn2 yg tgh bercuti atau yg bakal bercuti.
selamat maju jaya buat yang tengah exam terutama yang berada di UIA.
Semua pun mesti tengah bertimbun dgn assignments.
Selamat menyelesaikan tugasan.
Bagi yang sedang menunggu result STAM,good luck!

p/s: tetibe rase nak buat reunion lg hujung thn ni. tapi cam baru lg.ramai yang request lps 5tahun.Maklumlah ade yang da nak bina masjid masa tuh. So,any suggestion??

Monday, January 25, 2010

rindu sahabat-sahabat.

assalamualaikum
teringat korang semua.
tak kira di mana berada,jaga diri.
teruskan perjuangan.
makin lama,makin mencabar kan.
inshaAllah kita semua leh wat.
rajin2 hantarlah ape2 yg korang nk publish kt emel koi atau syarafi yer.

p/s: sape2 yg nak "makan nasi minyak" jgn lupe publish cni..=p