bismilahirrahmanirrahim.
~Manusia biasanya memandang luaran seseorang,berbanding mengenali kemudian memahami apa yang tersingkap di sebalik penampilan itu~
Apa bezanya antara persahabatan dan percintaan?Apa kaitannya dengan kata-kata di atas?
Percintaan mungkin mampu mengubah seseorang secara drastik sama ada dari kegelapan ke arah cahaya atau sebaliknya. Ikatan persahabatan juga punya sesuatu yang unik. Pernahkah kita terfikir,dalam percintaan,mungkin ada sesetengah di antara kita,hanya buat kekasih, kita mempersembahkan yang terbaik dan tercantik untuknya. Sehinggakan sanggup menjadi hipokrit,segala yang terbaik cuba kita peragakan, yang buruk pula cuba disorokkan semampu mungkin. Sebagai contoh, cara makan,cara berpakaian,tingkahlaku dan banyak lagi.Kata orang demi si dia,segalanya mahu nampak "perfect"
Dalam dunia persahabatan pula, setuju atau tidak jika dikatakan lebih jujur dan telus? Kelemahan sahabat biasanya kita tahu. Begitu juga dengan kebaikannya. Ada juga pendapat mengatakan persahabatan itu lebih intim hubungannya.
Persahabatan itu perkongsian hidup,suka dan duka. Percintaan itu pula suatu luahan rasa dan perasaan.

indahnya
Persahabatan itu lebih versatil berbanding percintaan. Kerana cinta akan seseorang,seorang mampu berubah.Malah,sanggup mengorbankan apa sahaja hatta diri,jiwa,harta dan keluarga sendiri. Namun,dalam persahabatan ,tidak semua orang sanggup berubah,tidak semestinya pula berkorban seadanya.
BERCINTA ITU HARUS BERSAHABAT
BERSAHABAT TIDAK SEMESTINYA BERCINTA
Satu falsafah yang mungkin boleh diingati bersama.Bersahabat memberi kita kebebasan dalam memilih. Bercinta pula kemungkinan membuat kita terkongkong oleh desakan hati.Utamakan persahabatan untuk mencari cinta,di situ mungkin kita dapat kenal siapa orang itu sebenarnya,di situ kita tidak terikat.
Bagi yang belum menemui cinta,janganlah risau kerana segalanya sudah dijanjikan. Jagalah diri sebaik mungkin kerana pasti ada yang terbaik buat kamu. Buat insan yang bergelar sahabat dan diri yang menjadi sahabat,berusahalah jadi sahabat yang terbaik.Jadilah diri sendiri dan saling berkongsi antara suka dan duka.Jangan lupa saling mengingati.
semoga sentiasa dalam redha ilahi.
sekian,wassalam

0 comments:
Post a Comment